SEKURANG-KURANGNYA enam terbunuh semalam apabila seorang militan pengebom bunuh diri dan penembak merempuh masuk sebuah hotel dan kompleks pejabat di Nairobi, melakukan serangan dan menawan bangunan itu selama sejam.
Bunyi tembakan masih kedengaran pada waktu lewat tengah malam semalam di ibu kota itu ketika polis membuat pemeriksaan di hotel dan bangunan pejabat berhampiran mencari mangsa yang terselamat daripada penyerang.
Serangan di kawasan DusitD2 yang terdiri daripada hotel 101 bilik, spa, restoran dan pejabat untuk syarikat tempatan dan antarabangsa, bermula pada jam 3 petang waktu tempatan dengan bunyi letupan kuat didengar sejak 5km dari pejabat AFP.
Kumpulan Somalia Al-Shabaab yang ada kaitan dengan Al-Qaeda yang melakukan pelbagai serangan ganas di pusat beli-belah Nairobi pada 2013, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbaru itu.
Seorang sumber polis berkata beliau nampak 14 mayat. Polis elit membawa keluar pekerja di bangunan itu yang ketakutan. – AFP, 16 Januari, 2019.
Komen