BARISAN Nasional (BN) tidak mempunyai wang untuk memasang sepanduk dan poster bagi calon pilihan raya mereka di Cameron Highlands, kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.
Beliau berkata memandangkan ia kini pembangkang, mereka hanya mempunyai sedikit wang dan “sangat miskin”.
“Sumber adalah apa yang kami kurang. Semasa perjalanan saya dari Kuala Lipis ke Tanah Rata saya tidak melihat satupun poster BN.
“Sekiranya kita lihat jumlah papan iklan dan kain rentang (yang Pakatan Harapan naikkan untuk pilihan raya), BN tidak mempunyai sebarang poster,” kata Annuar di Tanah Rata bagi menyertai kempen BN untuk kerusi itu.
“Papan iklan yang dinaikkan PH melebihi perbelanjaan pilihan raya mereka,” katanya.
Pilihan raya kecil pada 26 Januari ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Ramli Mohd Nor, M Manogaran daripada DAP serta calon Bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.
BN mempertahankan kerusi itu selepas kehilangannya selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November membatalkan kemenangannya dalam PRU14 susulan bukti rasuah oleh calonnya, C. Sivarraajh daripada MIC.
Beliau berkata politik wang menular dalam kerajaan dan biasanya pembangkang tidak mempunyai wang, jadi tidak timbul isu politik wang.
“Mereka yang mendapat wang akan membelanjakannya.
“Saya fikir DAP benar-benar mahu menang di sini dan setakat ini gagal mengawal jentera kerajaan mereka, kerana melanggar undang-undang pilihan raya, mereka memberi alasan, tetapi ia sudah menjadi pengetahuan umum, politik wang berlaku di pihak kerajaan.”
Ketika ditanya mengenai penasihat DAP Lim Kit Siang yang mengatakan tidak salah memberi duit minyak, beliau berkata beliau semakin pandai menjadi kerajaan.
“Alasannya sama seperti BN yang lama.” – 15 Januari, 2019.
Komen