Sindiket tipu warga tua, pertengahan umur di China tumpas


Suspek memperdaya warga tua dan pertengahan umur untuk menyertai yayasan mengurangkan kemiskinan dan projek sains dengan menggunakan dokumen palsu. – Gambar EPA, 15 Januari, 2019.

POLIS menahan 36 suspek yang didakwa terbabit dalam kes penipuan di Internet, menyasarkan golongan pertengahan umur dan warga tua, kata Kementerian Keselamatan Awam (MPS) pada sidang akhbar Selasa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, suspek memperdaya mangsa untuk menyertai yayasan mengurangkan kemiskinan dan projek sains dengan menggunakan dokumen palsu.

Timbalan pengarah biro siasatan jenayah MPS, Chen Shiqu berkata rangkaian sindiket penipuan itu menggunakan platform media sosial seperti WeChat. 

Chen menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan paparan maklumat di Internet yang kemungkinan palsu selain maklumat disebarkan menerusi aplikasi mudah alih.

Polis tidak mendedahkan jumlah sebenar wang yang telah ditipu daripada mangsa tetapi sebanyak 2.73 juta yuan (AS$404,000) dibekukan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit. – Bernama, 15 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen