Satelit Iran gagal sampai ke orbit


Gambar disediakan pejabat presiden yang menunjukkan Presiden Iran Hassan Rouhani menyampaikan ucapan di kota Gonbad-e Kavous, wilayah Golestan pada 14 Januari 2019 ketika mengumumkan satelit buatan negara itu 'Payam' akan dilancarkan ke orbit dalam masa terdekat. – Gambar EPA, 15 Januari, 2019.

IRAN pada Selasa gagal melancarkan satelit ke ruang angkasa, satu tindakan dikritik Amerika Syarikat (AS) serta dianggap mencabar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Anadolu.

Menurut stesen televisyen negara Iran, Menteri Penerangan dan Komunikasi Mohammad-Javad Azari Jahromi berkata, kegagalan disebabkan satelit gagal mencapai kelajuan diperlukan pada peringkat ketiga pelancaran.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata tindakan Iran itu mencabuli resolusi Majlis Keselamatan dan mahu Tehran tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berkaitan peluru berpandu balistik yang mampu menghasilkan senjata nuklear.

Namun, Iran menegaskan pelancaran satelit terbabit tidak melanggar resolusi Majlis Keselamatan. – Bernama, 15 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen