LAPAN buruh maut manakala beberapa lagi dilaporkan hilang selepas sebuah van penumpang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di utara daerah Kohistan, Pakistan.
Kejadian berlaku di lebuh raya utama di daerah itu pada Isnin malam dan operasi mencari serta menyelamat bermula pagi Selasa diketuai pihak berkuasa dan dibantu sukarelawan.
Polis berkata insiden berlaku ketika van yang dinaiki 12 buruh itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, lapor Xinhua.
Kesemua mayat ditemui tertimbus dalam runtuhan batu dan lumpur.
Kejadian dicetuskan oleh hujan dan salji lebat yang melanda kawasan itu sejak minggu lepas.
Lebuh raya terbabit terpaksa ditutup kepada lalu lintas menyebabkan laluan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut negara itu dengan kawasan utara Gilgit Baltistan terjejas. – Bernama, 15 Januari, 2019.
Komen