AMERIKA Syarikat (AS) akan melanjutkan tarikh penempatan tentera dan anggota pengawal pantainya di sempadan AS-Mexico yang berakhir pada 31 Januari kepada 30 September, kata Pentagon pada Isnin.
Pentagon menerusi kenyataan berkata ia mengalihkan sokongan di sempadan barat daya daripada menjadi tumpuan kemasukan kepada pengawasan serta pengesanan mudah alih, termasuk meletakkan wayar kawat konsertina di antara dua pintu masuk itu.
“Jabatan Pertahanan (DoD) akan terus menyediakan penerbangan sokongan,” kata kenyataan itu lagi.
Pentagon telahpun sedia menempatkan 2,350 tentera di sepanjang sempadan, yang dikerahkan oleh Presiden Donald Trump menerusi perintah kontoversi pada tahun lepas iaitu sebelum pilihan raya pada November. – AFP, 15 Januari, 2019.
Komen