ISTERI kepada penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam memfailkan saman terhadap peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah kerana menghina mahkamah dan didakwa menghalang bekas anak guamnya, ahli perniagaan J.R. Deepak Jaikishan, daripada memberi keterangan di bawah pemeriksaan balas.
Santamil Selvi berkata Shafee bertindak bersama dua yang lain untuk memastikan ketiadaan Deepak bagi pemeriksaan balas semasa tuntutan mahkamah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, yang juga diwakili Shafee.
Saman yang difailkan Santamil dan tiga anaknya pada 23 Julai, 2017 menuntut ganti rugi RM840,000 daripada Najib dan isterinya Rosmah Mansor dan tujuh defendan lain kerana trauma yang disebabkan hasil deklarasi berkanun kedua yang dibuat oleh Bala atas pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Peguam Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dr Ganesanathan Sanmuganathan turut dinamakan sebagai responden, menurut notis permohonannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Deepak, 46 yang sepatutnya memberi keterangan pada 19 Mac tahun lalu, sebelum peguam secara salah memaklumkan mahkamah beliau tidak sihat, dakwa Santamil dalam notis permohonan itu.
Pemeriksaan balas Deepak ditunda kepada 27 Mac tahun lalu, namun Deepak tidak hadir. Santamil Selvi berkata Dr Ganesanathan yang membuat laporan perubatan “yang mempunyai butiran palsu” bagi membenarkan Deepak dimasukkan ke Hospital Pantai Damai.
Laporan perubatan, yang dilampirkan dalam afidavit Santamil, mendakwa Deepak dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan dan mengalami sakit perut, muntah dan sakit di bahagian dubur yang teruk”.
Santamil berkata laporan itu “dibuat untuk mendapatkan penangguhan pendengaran di mahkamah dengan cara menyalahi undang-undang”.
Beliau mendakwa Shafee dan Abdul Azeez cuba menghalang Deepak “daripada memberi bukti bersumpah melalui pemeriksaan balas dan bercakap benar.
“Tujuannya adalah untuk menghalang Responden ke-8 (Deepak) untuk memberitahu kebenaran tentang penglibatan defendan lain dalam tindakan utama kerana ia akan melibatkan Dato Seri Najib Tun Razak secara spesifik, dalam pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan pengasingan paksa kami ke India pada bulan Julai 2008,” kata Santamil dalam afidavitnya.
Deepak telah membuat laporan polis pada 19 Oktober 2018 di mana dia telah menuduh ketiga-tiga lelaki bersekongkol antara satu sama lain untuk menghalangnya daripada menghadiri mahkamah untuk tujuan pemeriksaan balas.
Deepak juga mendakwa bahawa dia terpaksa mengambil Shafee sebagai peguamnya awal tahun lalu atas arahan Najib atas ancaman tekanan oleh institusi kewangan berkaitan kerajaan dan jabatan kerajaan. Najib merupakan perdana menteri sehingga 9 Mei, apabila Barisan Nasional gagal mengekalkan kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Deepak mendakwa beliau terpaksa dimasukkan ke hospital swasta pada 19 Mac, sebuah hospital swasta pada 27 Mac dan sebuah hospital swasta di New Delhi pada 13 April untuk mengelakkan dari memberi keterangan.
Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar menetapkan 8 Mac untuk pendengaran dan keputusan, kata peguam Santamil, Americk Sidhu selepas pendengaran hari ini.
Pada 30 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan lapan defendan untuk membatalkan tuntutan kedua yang difailkan oleh Santamil. Bagaimanapun, mereka berjaya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada Julai tahun lepas untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 29 Mac mendengar permohonan baru oleh Deepak untuk mengembalikan Najib dan tujuh yang lain sebagai pihak ketiga dalam saman yang difailkan oleh Santamil.
Ini merupakan kes saman kedua Santamil terhadap Najib. Selain Najib dan Rosmah, enam lagi defendan adalah adik lelaki Najib, Mohd Nazim dan Ahmad Johari, peguam Cecil Abraham dan Sunil Abraham, peguam Arulampalam Mariampillai dan pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat.
Bala merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes embunuhan Altantuya. Beliau meninggal dunia pada 15 Mac, 2013 akibat serangan jantung seminggu selepas kembali dari India.
Dalam pernyataan tuntutannya, Santamil dan anak-anaknya mendakwa mereka terpaksa berpindah ke India kerana akuan bersumpah kedua dibuat oleh Bala berhubung pembunuhan Altantuya, dan berkata mereka tinggal di India selama 56 bulan dari 4 Julai, 2008 sehingga kematian Bala.
Santamil dan anak-anaknua menuntut ganti rugi RM840,000, termasuk sewa apartmen di Chennai, India, yuran persekolahan dan kehiangan pendaatan sebagai guru taska, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.
Deepak mempunyai dua saman berasingan terhadap Najib dan Rosmah, yang mana salah satunya menutut ganti rugi RM676 juta kerana kerugian akibat konspirasi, penipuan, dan pengaruh tidak wajar dalam pembelian hartanah di Klang, Selangor. – 15 Januari, 2019
Komen