PIHAK berkuasa Indonesia hari ini menemui kotak hitam rakaman suara dari kokpit pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas di Laut Jawa, membunuh 189 orang pada Oktober lalu, lapor Reuters.
“Sudah ditemui, tetapi kami belum terima maklumat lokasinya,” kata timbalan ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia, Haryo Satmiko, seperti dipetik agensi berita itu.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX itu hilang dari radar 13 minit setelah berlepas dari Jakarta menuju Pangkal Pinang di Pulau Bangka.
Sebuah lagi kotak hitam yang mengandungi data penerbangan ditemui tiga hari selepas nahas.
Indonesia melancarkan semula gerakan mencari kotak hitam perakam suara itu minggu lalu. – 14 Januari, 2019.
Komen