Filem 'May an impure blood...' pecah tabu Perancis  papar konflik Algeria


Selain 'The Prophet', Dafri juga menerbitkan filem samseng terkenal "Mesrine". – Gambar AFP, 13 Januari, 2019.

PENULIS skrip terkenal Perancis papar konflik berdarah di Algeria yang dianggap sebagai tabu di negara itu.

Abdel Raouf Dafri memberitahu AFP bahawa beliau telah lama memendam idea bagi menulis mengenai konflik yang sangat sensitif itu sebelum menulisnya.

Penulis filem ‘The Prophet’ yang pernah dicalonkan anugerah Oscar, dan turut memenangi Anugerah Emmy menerusi siri televisyen “Braquo” itu mempunyai keturunan dari susur galur negara Algeria namun beliau dilahirkan di Marseille, Perancis. Algeria pernah menjadi negara jajahan kolonial Perancis.

Judul filem terbaru tulisannya itu adalah “May an impure blood (Moga darah hina itu) ...”  Judul itu dipetik daripada baris akhir lagu kebangsaan Perancis, ‘La Marseillaise’, yang berakhir dengan kata “... mengairi air di tanah kita”.

Dafri dilihat cerdas dalam menukar kata itu untuk merujuk kepada “darah orang dijajah” yang menderita di bawah kolonial Perancis, di mana Dafri mengatakan “ia menunjukkan betapa universalnya lagu negara kita,” katanya.

Kisah tulisannya itu, bagaimanapun, berpusat kepada sekumpulan tentera Perancis yang dihantar bagi sebuah “misi yang mengerikan, dan tidak ada seorang pun daripada mereka mahu berangkat ke sana.

“Seperti banyak operasi ketenteraan, ia hanya menyelesaikan maksud yang tidak begitu bermakna atau langsung tiada tujuan sebenar,” kata Dafri, yang juga menerbitkan filem samseng terkenal “Mesrine”.

“Apabila anda membuat filem mengenai Perang Dunia II, anda tahu siapa pihak yang baik,” kata penulis itu.

“Perang di Algeria lebih rumit, kerana tiada siapa yang baik dalam peperangan itu.” – AFP, 13 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen