CALON Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Noor tidak akan menghalang sesiapa berkempen untuk dirinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bekas perdana menteri Najib Razak.
Katanya beliau tidak boleh menghalang semua orang dan mengalu-alukan kepada mereka yang mahu berkempen untuknya.
“Kita tidak boleh menghalang sesiapa. Tidak kira siapa. Semua boleh datang (berkempen),” katanya ketika ditemui di Tanah Rata hari ini.
PRK Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari melibatkan pertandingan empat penjuru antara calon DAP M. Manogaran, Ramli, dan dua calon bebas Sallehudin Ab Talib dam Wong Seng Yee.
Apabila ditanya sama ada beliau mampu mendapat sokongan daripada Orang Asli yang terdiri daripada 20.9% pengundi, Ramli menyuarakan keyakinan yang tinggi.
“Dari Bertam ke Kampung Hulu merupakan saudara saya.
“Saya yakin 22% peratus pengundi Orang Asli akan menyokong saya.
“Bagi meraih sokongan pengundi dari kaum lain, saya belum lagi bertemu mereka.”
Ramli memulakan kempen pada pukul 9 pagi dengan mengadakan lawatan di pasar pagi sebelum menuju ke kedai dan medan selera di Tanah Rata.
Kehadirannya amat dialu-alukan oleh penjaga kedai dan pelanggan di kedai makan tersebut.
Kerusi Parlimen itu mempunyai 32,000 pengundi melibatkan pecahan 34.4% pengundi Melayu, 29.8% (Cina), 14.8% (India) and 20.9% (Orang Asli). – 13 Januari, 2019.
Komen