PEJUANG Palestin melancaran serangan roket terhadap Israel pada Sabtu, kata tentera Israel, yang menyebabkan serangan balas ke atas wilayah yang dikuasai Hamas, susulan ketegangan selepas satu lagi insiden keganasan berlaku di sempadan.
“Awal malam tadi, roket dilancarkan dari Gaza ke kawasan Israel. Sebagai membalas serangan itu, jet pejuang IDF menyasarkan dua struktur bangunan milik Hamas di Jalur Gaza, kata Pasukan Pertahanan Israel menerusi Twitter.
“Kami akan meneruskan operasi untuk pertahankan orang awam Israel,” tambahnya.
Dua sasaran di Gaza City terkena serangan Israel namun tiada kecederaan dilaporkan, kata sumber pasukan keselamatan di Gaza.
Pertempuran itu tercetus sehari selepas seorang wanita Gaza ditembak mati oleh tentera Israel ketika bantahan mingguan dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza.
Kementerian kesihatan menamakan mangsa sebagai Amal al-Taramsi, 43, dan mengatakan wanita berkenaan merupakan mangsa ketiga dalam tempoh sebulan pertempuran selepas sekurang-kurangnya 241 warga Palestin terbunuh.
25 orang lagi warga Palestin cedera dalam keganasan di sepanjang sempadan Israel pada Jumaat.
Tentera Israel berkata, kira-kira 13,000 warga Palestin berhimpun di beberapa kawasan di sepanjang sempadan. – AFP, 13 Januari, 2019
Komen