Siasat kes dron ditembak jatuh, polis Australia jumpa 20kg kanabis 


Pasukan polis pada asalnya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun itu bagi membantu siasatan kejadian sebuah dron yang ditembak jatuh, tetapi menemui ganja terbabit ketika memeriksa kawasan kediaman lelaki itu. – Gambar fail AFP, 11 Januari, 2019.

SIASATAN polis terhadap insiden sebuah dron ditembak jatuh, merintis rampasan 187 pokok ganja dan 20 kilogram kanabis kering di sebuah rumah milik seorang lelaki pada Khamis.

Pasukan polis pada asalnya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun itu bagi membantu siasatan kejadian sebuah dron yang ditembak jatuh. 

Ketika memeriksa kawasan kediaman lelaki itu, mereka menemui ganja terbabit.

Menurut agensi berita Xinhua, siasatan awal menyatakan seorang ejen hartanah menggunakan dron terbabit bagi mengambil gambar dari udara di kawasan New South Wales ketika pesawat udara kawalan jatuh itu ditembak jatuh.

Selain rampasan ganja, polis turut merampas selaras senapang tidak berdaftar yang disembunyikan di kawasan berhampiran.

Suspek didakwa dengan lapan pertuduhan kesalahan senjata api dan dadah pada Jumaat. 

Dalam kes berasingan, seorang lelaki 57 tahun ditahan polis berkaitan penemuan 230 pokok ganja di kediamannya di pinggir bandar berhampiran.

Lelaki terbabit turut didakwa pada Jumaat. – Bernama, 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen