Presiden Filipina masih terima sokongan rakyat


Presiden Filipina Rodrigo Duterte mula memerintah negara itu sejak Jun 2016. – Gambar EPA, 11 Januari, 2019.

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte dilihat terus menerima sokongan serta kepercayaan rakyat, demikian menurut hasil tinjauan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Tinjauan oleh Pulse Asia Inc. yang dijalankan dari 14 hingga 21 Disember tahun lepas itu, menunjukkan 81% daripada 1,800 warga Filipina berumur 18 tahun ke atas menyokong pentadbiran Duterte meningkat enam mata peratusan berbanding tinjauan sebelum ini.

“Kebanyakan penduduk Filipina berpuas hati dengan prestasi (Duterte),” kata Pulse Asia lapor agensi berita Xinhua.

Tinjauan itu turut mendedahkan hanya 7% rakyat Filipina tidak berpuas hati dengan prestasi Duterte manakala 6% lagi langsung tidak menyokong beliau.

Duterte mengambil alih jawatan presiden pada Jun 2016. Beliau berikrar untuk menghapuskan rasuah serta memperbaiki undang-undang dan ketenteraman di Filipina dengan melancarkan perang terhadap penjenayah dan pengganas. – Bernama, 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen