Perjuangan hak pendidikan ikut kaum merugikan, kata Guan Eng


Khoo Gek San

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa pihak yang menegakkan pendidikan vernakular agar memulakan langkah itu dan memperjuangkan hak pendidikan untuk semua orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Januari, 2019.

LIM Guan Eng menggesa kumpulan akvitis pendidikan Cina untuk memperjuangkan hak pendidikan bagi semua kaum dan tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

Menteri Kewangan itu berkata tindakan memperjuangkan pendidikan mengikut perbezaan kaum hanya merugikan.

“Apabila (kita) bercakap tentang kaum, rakyat akan mengira jumlah (kuota mengikut kaum). Saya tidak fikir ini adalah negara yang kita mahukan,” katanya selepas menghadiri penyerahan peruntukan pendidikan RM12 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina dan Kolej Universiti New Era.

Lim berkata pendekatan secara menyeluruh adalah lebih baik untuk semua pihak.

“Jika kita mahukan masa depan yang cerah dalam pendidikan, terutamanya pendidikan orang Cina, tetapi dilakukan mengikut kaum dan hak etnik, anda akan kerugian,” katanya.

Lim menggesa pihak yang menegakkan pendidikan vernakular agar memulakan langkah itu dan memperjuangkan hak pendidikan untuk semua orang. – 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen