AUSTRALIA menafikan beratus pendatang asing melancarkan mogok lapar secara besar-besaran di sebuah pusat tahanan di Melbourne.
Negara itu juga menafikan keadaan di pusat tahanan tersebut “tidak berperikemanusiaan atau kejam”.
Penguatkuasa Sempadan Australia (ABF) berkata demikian beberapa hari selepas tahanan dan aktivis di Penempatan Transit Imigran Melbourne mengisytihar mogok lapar dan bantahan.
Seorang aktivis, Ian Rentoul dari Refugee Action Coalition berkata mogok itu kini masuk hari keempat.
Mogok diadakan berhubung aduan bahawa keadaan di pusat tahanan itu tidak ubah seperti penjara dan privasi tahanan yang terhad.
ABF berkata keadaan adalah disebabkan oleh jumlah tahanan yang kian meningkat.
Mogok lapar kerap berlaku di pusat-pusat tahanan Australia yang menempatkan pendatang yang melanggar undang-undang imigresen.
Beratus tahanan di sebuah pusat tahanan di Sydney mengadakan mogok lapar sebagai bantahan ke atas peraturan lawatan yang ketat. – AFP, 11 Januari, 2019.
Komen