Ugutan bunuh, PM Kanada minta rakyat saling menghormati


Perdana Menteri Justin Trudeau merayu supaya warga Kanada saling susulan ancaman mati yang dibuat oleh penunjuk perasaan jaket kuning. – Gambar AFP, 11 Januari, 2019.

PERDANA Menteri Justin Trudeau merayu supaya warga Kanada saling menghormati antara satu sama lain, susulan ancaman mati yang dibuat oleh penunjuk perasaan “jaket kuning”.

Melawat barat Kanada untuk memulakan kempen pemilihannya semula, Trudeau terserempak dengan kumpulan kecil aktivis memakai jaket warna pendarfluor yang menjadi simbol populis, gerakan politik akar umbi untuk keadilan ekonomi yang bermula di Perancis tahun lalu.

Ahli kumpulan itu, yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di media sosial, mengkritik perdana menteri kerana levi pelepasan karbon, penganjuran pelbagai budaya dan imigresen.

Ramai yang sehingga berani mendesak supaya Trudeau mati.

“Kanada ialah negara di mana kita menggalakkan rakyatnya bersuara dan meluahkan pandangan,” katanya kepada wartawan.

“Ini salah satu kekuatan demokrasi kita.”

Katanya, beliau gembira untuk mendengar pandangan rakyat yang tidak berpuas hati tetapi menekankan kepentingan mendengar “dalam cara yang terhormat” sebagai cara memastikan rakyat Kanada maju ke depan di laluan yang betul.

“Kami melihat ancaman dan ugutan terhadap perdana menteri sebagai sesuatu yang serius,” kata jurucakap polis diraja Kanada Michelle Schmidt.

“Jaket kuning” dilaporkan merancang mengadakan lebih banyak protes pada hujung minggu akan datang di kedai kopi di seluruh negara. – AFP, 11 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen