TURKI pada Khamis membekukan aset milik Hajji Abd al-Nasir yang berasal dari Iraq kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas dan tindakan itu sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Anadolu.
Menurut dekri presiden dalam Warta Rasmi, aset al-Nasir dibekukan kerana beliau dikaitkan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan Al-Qaeda.
Menurut resolusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB 1267, 1988 dan 1989, “Semua negara dikehendaki membekukan serta-merta dana serta aset kewangan lain atau sumber ekonomi individu dan entiti yang ditetapkan.” – Bernama, 10 Januari, 2019.
Komen