AS lancar serangan udara di Somalia


Tentera Somalia turut memberi kerjasama dengan tentera AS dalam memerangi gerakan militan Shabaab di negara itu.– Gambar EPA, 10 Januari, 2019

TENTERA Amerika Syarikat melancarkan beberapa siri serangan udara di Somalia, termasuk salah satu daripadanya yang membunuh enam ahli kumpulan militan.

Serangan itu merupakan sebahagian daripada misi serangan yang mana tentera AS bekerjasama dengan pasukan keselamatan Kesatuan Afrika dan Somalia untuk memerangi gerakan militan Shabaab.

Menurut, Pangkalan AS di Afrika (Africom), tentera AS melancarkan serangan setiap hari bermula 6 hingga 8 Januari yang membunuh 16 orang ahli kumpulan militan.

Pada 2 Januari, dalam serangan pertama AS pada 2019 di Somalia, 10 ahli kumpulan Shabaab terbunuh.

Serangan pada Selasa yang menyebabkan enam kemaian berlaku di kawasan kem Shabaab yang menjadi lokasi bantuan kepada “pengganas” di wilayah itu, kata Africom dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pentagon meningkatkan serangan di Somalia sejak beberapa tahun lalu, selepas Presiden Dnald Trump melonggarkan kekangan berhubung bila tentera AS boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwa pengganas itu.

Bulan lalu, tentera AS berkata, pihaknya membunuh 62 anggota militan Shabaab dalam enam serangan udara di Somalia.

Sementara itu, NBC News minggu lalu melaporkan Trump akan meneruskan kemungkinan untuk mengeluarkan tenteranya dari Somalia, seramai kira-kira 500 anggota. – AFP, 10 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen