Setiausaha negara AS adakan lawatan mengejut ke Baghdad


SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo pada Rabu mengadakan lawatan mengejut ke Baghdad, menurut seorang pegawai Kementerian Luar Iraq lapor agensi berita Anadolu.

Pompeo yang sedang dalam rangka lawatan ke Timur Tengah bagi meyakinkan sekutu serantau Washington agar terus menyokong AS, walaupun negara itu merancang mengundurkan tenteranya dari Syria.

Menurut sumber yang enggan dikenali, Pompeo mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Iraq Mohamed al-Halbusi, selain dijadual bertemu Perdana Menteri Adil Abdul-Mahdi, pegawai tinggi serta beberapa tokoh politik lain. 

Pertemuan itu antara lain dijangka membincangkan mengenai usaha memerangi Daesh dan kedudukan tentera AS di Iraq.

Pompeo berada di Jordan pada Selasa sebelum ke Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Oman dan Kuwait.

Iraq tidak termasuk dalam jadual awal lawatan Pompeo. – Bernama, 9 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen