Tentera Venezuela nyatakan 'kesetiaan' terhadap Maduro 


Tentera Venezuela dalam satu kenyataan mengisytiharkan "sokongan tidak berbelah bahagi dan kesetiaan penuh" kepada Maduro sebagai presiden dan komander tentera. – Gambar EPA, 9 Januari, 2019

PASUKAN keselamatan Venezuela mengisytiharkan “kesetiaan penuh” mereka terhadap Presiden Nicolas Maduro pada Selasa, dua hari sebelum pemimpin sosialis itu mengangkat sumpah bagi penggal kedua dalam pentadbiran negara itu. 

Pasukan tentera mengeluarkan satu kenyataan, yang dibacakan oleh menteri pertahanan General Vladimir Padrino, yang mengisytiharkan “sokongan tidak berbelah bahagi dan kesetiaan penuh” kepada Maduro sebagai presiden dan komander tentera bagi tempoh 2019-2025.”

Maduro akan mengangkat sumpah pada Khamis oleh Mahkamah Tinggi walaupun undang-undang negara itu menyatakan ia adalah tugas parlimen. 

Majlis Nasional yang dikendalikan oleh pembangkang telah menjadi lemah sejak Maduro menubuhkan Majlis Perlembagaan yang penuh dengan pengikut setia rejim tahun lalu untuk menggantikannya.

Walapun parlimen masih bersidang, kesemua keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang menjadikan Maduro sebagai sekutunya. – AFP, 9 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen