New York umum pelan kesihatan penduduk AS$100 juta


New York menjadi peneraju kepada jaminan untk akses kesihatan kepada seluruh warganya. – Gambar EPA, 9 Januari, 2019

DATUK Bandar New York Bill de Blasio mengumumkan pada Selasa, bandaraya itu akan memperuntukkan sebanyak AS$100 juta untuk menjamin penjagaan kesihatan semua penduduknya tanpa mengira status imigresen atau kemampuan mereka untuk bayaran, sekaligus melindungi 600,000 penduduk yang tidak mempunyai insurans. 

Pelan itu akan memperkukuhkan pilihan insurans kesihatan awam sedia ada, MetroPlus, dan mewujudkan prgram baharu yang dipanggil NYC Care yang memberi jaminan kepada mereka yang tidak layak untuk mendapat insurans untuk mempunyai akses kepada perkhidmatan itu termasuk doktor pakar dan farmasi, kesihatan mental. 

NYC Care dijangka akan dilancarkan tahun ini di Bronx Borough, dan memberi perkhidmatan di seluruh bandaraya itu menjelang 2021, menurut satu kenyataan. 

Projek itu dijangka menelan belanja sebanyak AS$100 juta setahun apabila mencapai skala penuh. 

“Penjagaan kesihatan merupakan hak asasi, bukan kelebihan yang diberikan kepada mereka yang berkemampuan,” kata datuk bandar 

“Ketika kerajaan cuba untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada jutaan rakyat Amerika, New York menjadi peneraju dengan memberi jaminan kepada setiap warganya untuk akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti.” – AFP, 9 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen