SERAMAI 61,848 pelarian ditahan pada 2018, demikian menurut biro keselamatan awam perkhidmatan kereta api China pada Selasa.
Menurut agensi berita Xinhua, memetik kenyataan biro itu tangkapan dibuat susulan peningkatan rondaan, kerjasama lebih erat dan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa polis tempatan.
Program latihan untuk anggota keselamatan juga telah diperkukuhkan lagi, tambah kenyataan itu. – Bernama, 8 Januari, 2019.
Komen