Greece dilanda cuaca sejuk melampau


Jalan raya di Greece diliputi salji tebal, polis melarang kenderaan melaluinya. – Gambar EPA, 8 Januari, 2019.

CUACA sejuk melampau melanda Athens sejak Isnin menyebabkan bandaraya itu diselimuti salji tebal selain mengakibatkan beberapa batang jalan raya ditutup kepada pengguna, lapor Xinhua.

Polis turut melarang kenderaan melebihi 3.5 tan menggunakan lebuh raya yang menghubungkan ibu negara dengan bandar di utara Greece. 

Bagaimanapun setakat Selasa perkhidmatan feri dan penerbangan berjalan seperti biasa.

Sekolah masih ditutup di beberapa wilayah dan daerah di pinggir Athens serta kawasan lain di bahagian utara.

Di samping itu turut berlaku gangguan bekalan elektrik di pinggir utara Athens dan di pulau Skopelos.

Menurut perkhidmatan meteorologi Greece, cuaca sejuk diramal berkurangan pada Rabu. – Bernama, 8 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen