TENTERA Israel menahan seorang suspek rakyat Palestin kerana disyaki membunuh dua tentera berhampiran bandar Ramallah pada Ramadan lalu, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai keselamatan Israel, Shin Bet.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Shin Bet berkata Asem Barghouthi ditangkap dalam serbuan yang dijalankan di kampung Abu Shukheidim di utara bandar Ramallah.
Pihak berkuasa Israel menuduh Barghouthi membunuh dua tenteranya selain mencederakan dua yang lain dalam insiden di penempatan Givat Assaf di timur Ramallah.
Sementara itu, dalam serbuan di Tebing Barat seramai 20 penduduk Palestin telah ditahan tentera Israel kerana dituduh terlibat dalam aktiviti keganasan.
Bagaimanapun pihak Israel enggan mengulas lanjut mengenai aktiviti tersebut.
Berdasarkan statistik Palestin, lebih 6,000 rakyatnya termasuk anggota parlimen, wanita dan remaja masih berada dalam tahanan Israel. – Bernama, 8 Januari, 2019.
Komen