DUA anggota polis cedera selepas bom yang disembunyikan dalam sebuah trak meletup di selatan Thailand pada Selasa demikian menurut Xinhua.
Bom seberat 50kg yang dimuatkan dalam dua tangki gas di atas sebuah trak yang ditinggalkan di sebatang jalan di luar pangkalan Polis Peronda Sempadan di daerah Thepha di Songkhla, meletup kira-kira 5 pagi waktu tempatan, kata Timbalan Inspektor Polis Chanon Nualnim.
Menurutnya, perbuatan itu dipercayai dilakukan pihak pemisah.
Katanya, sejurus kejadian pemilik trak yang dikenali sebagai Amata Samotharnthawee, seorang guru bersara maut selepas mayatnya ditemui tergantung di rumahnya di daerah Saba Yoi di wilayah selatan.
Polis percaya trak itu dicuri oleh pihak pemisah untuk digunakan dalam insiden pengeboman itu, katanya. – Bernama, 8 Januari, 2019.
Komen