Universiti bakal jadi kawasan larangan merokok


Asila Jalil

KEMENTERIAN Kesihatan bercadang untuk menjadikan universiti sebagai kawasan larangan merokok terbaru, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Walaupun tiada tempoh ditetapkan bagi larangan tersebut, katanya dalam tahun ini larangan merokok di universiti swasta dan awam akan dikuatkuasakan.

“Kami melarang merokok di taman pada 2015 dan (sekarang), kami melarangnya di restoran. Seterusnya mungkin universiti.

“Kami tidak sesekali menggalakkan merokok di sekolah. Kami mahu mewartakan semua universiti swasta dan awam, sebagai kawasan larangan merokok,” katanya hari ini.

Noor Hisham berkata kerajaan Pakatan Harapan memberi tumpuan kepada larangan merokok di Parlimen yang dilaksanakan pada Oktober tahun lepas.

“Kami melaksanakan (pengharaman) di Parlimen, dan kemudian restoran dan mungkin (akan) memanjangkannya hingga ke sekolah dan kemudian universiti, mungkin dalam tahun ini,” tambahnya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengisytiharkan bangunan Parlimen sebagai zon bebas rokok tahun lepas.

Selepas larangan itu dikuatkuasakan di Parlimen, seorang ahli Parlimen dan tujuh yang lain didenda kerana merokok di bangunan Parlimen.

Setiap pesalah dikompaun sebanyak RM500 di bawah Peraturan Kawalan Tembakau 2004, kegagalan menyelesaikannya boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali. – 8 Januari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen