Turki akan 'lindungi' pejuang Kurdish, kata AS 


Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan komitmen itu ketika mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin AS.– Gambar EPA, 8 Januari, 2019

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo pada Isnin berkata Turki berjanji untuk melindungi pejuang Kurdish di Syria ketika beliau menamatkan lawatan ke wilayah berkenaan susulan keputusan mengejut Presiden Donald Trump untuk mengundurkan tenteranya. 

Pompeo berkata jaminan itu dibuat oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang beberapa kali memberi ancaman kepada pejuang Kurdish yang menjadi sekutu AS di Syria untuk memerangi IS. 

Erdogan mengadakan perbincangan dengan Trump di hadapan beberapa pemimpin AS, pada 19 Disember yang mana IS diisytiharkan tewas dan beliau akan mengundurkan 2,000 tenteranya keluar dari Syria.

“Presiden Erdogan menyatakan komitmen itu kepada Presiden Trump ketika dua pemimpin itu berbincang. Turki juga akan meneruskan kempen memerangi kumpulan IS dan menyatakan pihak yang membantu dalam kempen itu akan dilindungi,” kata Pompeo kepada stesen televisyen CNBC. – AFP, 8 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen