FOSIL rusa zaman prasejarah ditemui di utara Buenos Aires, dedah Universiti La Matanza pada Isnin.
Fosil berkenaan yang masih belum dapat ditentukan usianya, hampir 70% haiwan, termasuk tulang belakang, bahagian kaki dan giginya.
Penemuan itu dibuat di tapak yang mana 24 fosil mamalia dan reptilia ditemui sejak 17 tahun lalu.
“Amat mengagumkan apabila tulang belakang dan lehernya kekal dalam ‘posisi hidup’,” kata pengarah Muzium Paleontologi San Pedro di wilayah utara Buenos Aires.
Penemuan itu terdiri daripada gigi dan tulang belakangnya yang hampir lengkap, rangka haiwan itu juga termasuk lebih 20 tulang rusuk, tulang pelvik, kaki belakang dan sebahagian femur.
Ia merupakan spesis rusa dari keluarga Morenelaphus genus yang mana peninggalannya ditemui hingga sekarang, boleh mencecah sehingga 200 kilogram.
“Haiwan kecil ini memberikan kita petunjuk bahawa pada zaman prasejarah, persekitarannya sangat berbeza berbanding sekarang,” kata Aguilar, yang membuat penemuan itu. – AFP, 8 Januari, 2019
Komen