LIMA anggota rombongan tarian terkorban manakala seorang lagi cedera parah dalam nahas jalan raya di timur Odisha pada awal Isnin, kata polis.
Agensi berita Xinhua melaporkan nahas berlaku berhampiran Aaanlabanka Chowk di daerah Kendrapara, kira-kira 115 kilometer timur laut Bhubaneswar.
Kenderaan yang dinaiki mangsa dalam perjalanan ke daerah Jajpur itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah trak.
Pegawai berkata kebanyakan mangsa maut akibat kecederaan parah.
“Kami terpaksa memotong bahagian kenderaan yang remuk untuk mengeluarkan mangsa,” kata seorang pegawai polis. – Bernama, 7 Januari, 2019.
Komen