Perunding AS di Beijing bincang perang dagangan


Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Wakil Perdagangan AS Jeffrey Gerrish (tengah) dilihat meninggalkan hotel penginapan di Beijing pagi tadi tanpa bercakap kepada media pada hari pertama rundingan. – Gambar AFP, 7 Januari, 2019.

PERUNDING Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini bersemuka buat pertama kali sejak dua ekonomi terbesar dunia itu bersetuju untuk mengadakan gencatan sementara sebagai jalan penyelesaian perang perdagangan mereka.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Wakil Perdagangan AS Jeffrey Gerrish dilihat meninggalkan hotel penginapan di Beijing pagi tadi tanpa bercakap kepada media pada hari pertama rundingan.

China dan AS bersetuju untuk menyambung rundingan esok.

Presiden Donald Trump pada minggu lepas berharap rundingan tersebut akan menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian yang sudah memakan masa beberapa bulan di mana kedua-dua negara mengenakan duti import melebihi AS300 juta ke atas barangan masing-masing.

“Saya rasa kita akan buat perjanjian dengan China,” kata Trump pada Jumaat lepas.

“Kita mempunyai rundingan dagangan besar-besaran dengan China. Presiden Xi (Jinping) terlibat sama, juga saya. Kami berurusan di peringkat tertinggi dan semuanya berjalan dengan baik.”

Rundingan yang bermula hari ini berlangsung sebulan selepas Trump dan Xi bersetuju menangguhkan kenaikan tarif selama tiga bulan.

Ini untuk memberi ruang kepada perunding dari kedua-dua negara mencapaki kata sepakat lantas mengakhiri pertikaian yang menjejaskan pasaran dunia. – AFP, 7 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen