Petani serang murid tadika di China dihukum mati 



SEORANG petani di China dihukum mati atas kesalahan menyerang beberapa murid di sebuah tadika dengan sebilah pisau dua tahun lepas, lapor media tempatan.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, Yan Pengan dihukum mati pada Jumaat kerana mengelar murid tadika di rantau Guangxi Zhuang. 

Pada 2017, Yan menyerang 12 murid menggunakan sebilah pisau dapur hingga menyebabkan empat cedera parah.

Seorang guru berjaya menghentikan serangan dan meminta pertolongan dari orang ramai ketika Yan melarikan diri. Yan kemudiannya meyerahkan diri kepada polis tempatan.

Kejadian murid sekolah diserang dengan pisau jarang berlaku di China.

Jenayah keganasan semakin meningkat di China sejak beberapa dekad kebelakangan ketika ekonomi negara itu berkembang dan jurang antara golongan kaya dan miskin kian melebar. – AFP, 7 Januari, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen