TENTERA Israel menahan tujuh penduduk Palestin dalam serbuan semalaman di seluruh kawasan Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan tentera rejim itu pada Isnin.
Kesemua individu telah ditahan kerana “disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas popular,” menurut kenyataan itu tanpa mengulas lanjut ciri-ciri aktiviti terbabit.
Tentera Israel sering mengadakan kempen penangkapan yang meluas di seluruh kawasan Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis atas alasan mencari penduduk Palestin yang “dikehendaki.”
Menurut angka Palestin, lebih 6,000 penduduknya terus meringkuk dalam fasiliti tahanan Israel, termasuk enam anggota parlimen, 52 wanita dan 270 kanak-kanak bawah umur. – Bernama, 7 Januari, 2019.
Komen