18 ditahan terlibat skandal produk kesihatan di China


Polis China memulakan siasatan ke atas syarikat didakwa menganjur dan mengetuai skim penjualan piramid produk kesihatan serta membuat tuntutan palsu dalam iklannya. – Gambar AFP, 7 Januari, 2019.

POLIS China menahan 18 individu kerana didakwa terbabit dengan skandal penjualan piramid dan iklan palsu produk kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kumpulan penyiasatan bersama, individu ditahan itu termasuk seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Shu dari sebuah syarikat QuanJian Nature Medicine Technology Development Co Ltd yang berpusat di Tianjin.

Pada 1 Januari, polis Tianjin memulakan siasatan ke atas syarikat yang didakwa menganjurkan dan mengetuai skim penjualan piramid di samping membuat tuntutan palsu dalam iklannya.

Setakat Isnin, 18 suspek ditahan dan dua yang lain dibebaskan dengan ikat jamin sementera menunggu perbicaraan.

Berikutan pendedahan skandal itu, pihak berkuasa Tianjin memulakan kempen mengesan aktiviti penjualan produk kesihatan yang tidak mematuhi peraturan selain iklan palsu untuk melariskan jualan serta penjualan dalam talian yang tidak sah. – Bernama, 7 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen