Korban tanah runtuh Sukabumi meningkat 31 orang


Dalam kejadian pukul 5.30 petang 31 Disember lalu, satu penempatan seramai 105 orang di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, tertimbus akibat kejadian tanah runtuh. – Gambar AFP, 6 Januari, 2019.

SEMINGGU berlalu dan jumlah mangsa korban akibat tanah runtuh di Sukabumi, Jawa Barat meningkat kepada 31 orang.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), operasi mencari masih dilakukan sehingga hari ini bagi mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata operasi mencari mangsa yang tertimbus itu mengalami kesukaran akibat beberapa kejadian susulan kejadian tanah runtuh di kawasan terbabit.

“Setakat hari ini, jumlah yang ditemui terkorban ialah 31 orang dan dua lagi masih tertimbus,” katanya dalam satu kenyataan di Jakarta, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang 31 Disember lalu, satu penempatan seramai 105 orang di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, tertimbus akibat kejadian tanah runtuh. – Bernama, 6 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen