2 tentera British cedera diserang peluru berpandu IS


Dua tentera British cedera di bahagian timur Syria dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan militan IS. – Gambar EPA, 6 Januari, 2019.

DUA tentera British cedera di bahagian timur Syria dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan militan IS, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata kedua-dua tentera itu anggota pakatan anti-jihad yang diketuai Amerika Syarikat.

“Dua tentera British dibawa menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan,” kata ketua pertubuhan itu, Rami Abdel.

Sementara itu, pejuang Kurdis dari Tentera Demokratik Syriat (SDF) terbunuh dalam serangan di sebuah perkampungan al-Shaafa di wilayah Deir Ezzor, antara kawasan yang masih di bawah kawalan IS di lembah Sungai Eufrat.

Pakatan SDF yang dikuasai pejuang Kurdis menerajui perjuangan menentang IS yang disokong beberapa negara barat termasuk United Kingdom.

Pakatan tentera antarabangsa itu berjaya merampas Hajin pada Disember lalu yang menjadi salah sebuah kawasan tawanan IS selepas beberapa bulan bertempur.

Kumpulan pemerhati berkata sejak September tahun lalu, seramai 1,000 pejuang terbunuh ketika pertempuran berbanding hanya 600 orang tentera SDF dan menyebabkan 15,000 orang melarikan diri ke Hajin. – AFP, 6 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen