Polis terbunuh cuba padamkan bom di Mesir


SEORANG anggota polis terbunuh dan dua laki tercedera dalam satu letupan di luar sebuah gereja di Mesir semalam, kata pihak berkuasa.

Letupan berlaku ketika anggota keselamatan sedang menanggalkan bahan letupan itu di Nasr City di pinggir Kaherah.

Insiden itu berlaku dua hari sebelum masyarakat minoriti Kristian Koptik Mesir meraikan Krismas pada 7 Januari.

Ia juga menjelang upacara keagamaan Krismas di Gereja Nativity di ibu kota pentadbiran baharu Mesir.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi dijadualkan menghadiri upacara itu dan merasmikan gereja berkenaan.

Kristian Koptik, yang terdiri daripada 10% populasi Mesir, menjadi sasaran dalam serangan kumpulan militan Islamic State (IS) sejak beberapa tahun terakhir.

Lebih 100 Kristiap Koptik terbunuh dalam serangan militan sejak Disember 2016.

IS mendakwa bertanggungjawab dalam serangan pada awal November yang membunuh enam Koptik dan seorang penganut Kristian Anglican di wilayah tengah Minya.

Polis kemudian berkata 19 suspek militan berkaitan dengan serangan itu, terbunuh ketika berbalas tembakan.

IS juga membunuh lebih 40 orang dalam serangan bom berkembar di gereja pada April 2017, dan seorang penembak IS pada Disember menembak sembilan orang dalam satu serangan di sebuah gereja di selatan Kaherah.

Negara itu berada di bawah arahan darurat sejak April 2017. – AFP, 6 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen