POLIS California pada Sabtu berkata tiga orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu insiden tembak di sebuah pusat boling di Los Angeles.
Sarjan Ronald Harris dari Jabatan Polis Torrance mengesahkan kepada AFP yang pegawainya menerima maklumat pada pukul 11.54 malam bahawa berlaku tembakan di Pusat Boling Gable.
Tambahnya, kesemua tujuh mangsa adalah lelaki. Tiga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi dikejarkan ke hospital.
Saksi memberitahu The Los Angeles Times, berlaku pergaduhan di kompleks permainan itu.
Polis Torrance turut memberi amaran menerusi Twitter kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan terbabit. – AFP, 5 Januari, 2019
Komen