Keganasan terus tercetus dalam kontroversi kuil di India 


Ribuan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan selepas penganut wanita memasuki kuil yang melarang mereka berbuat demikian di Kerala, India.– Gambar EPA, 5 Januari, 2019

DUA kejadian kebakaran dan serangan bom menggegarkan selatan India dalam keganasan berterusan susulan kontroversi dua wanita memasuki kuil Hindu yang dilarang untuk penganut wanita.

Kuil Sabarimala di Kerala menjadi punca pertempuran antara pihak berkuasa dan ekstremis agama sejak September, apabila mahkamah India memutuskan membatalkan larangan terhadap wanita berumur 10 hingga 50 tahun untuk menjejakkan kaki ke kuil berkenaan.

Menurut polis, penyerang yang tidak dikenali bertindak membaling bom buatan sendiri di rumah seorang ahli politik dari Parti Bharatiya Janata dan membakar pejabat kumpulan nasionali Hindu Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

Kedua-duanya menentang arahan mahkamah untuk membenarkan wanita memasuki kuil berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, kata polis.

Serangan terbaharu berlaku beberapa jam selepas satu serangan bom di rumah ahli politik yang mempunyai kaitan dnegan Parti Komunis memerintah, yang berikrar untuk melaksanakan arahan mahkamah.

Seorang dilaporkan terbunuh dan lebih 270 orang lagi cedera sejak Rabu lalu, apabila ribuan penganut mengadakan tunjuk perasaan selepas dua penganut waniat berusia 40-an sembahyang di dalam kuil itu. – AFP, 5 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen