IRAN akan melabuhkan kapal perang terbarunya di Lautan Atlantik dalam misi selama lima bulan, lapor agensi berita konservatif Fars hari ini.
“Tentera laut telah merancang untuk meletakkan flotila di Lautan Atlantik untuk beberapa tahun dan nampaknya sekarang misi itu sudah sedia dilancarkan,” lapor Fars.
Laksamana Touraj Hassani-Moghadam semalam memberitahu agensi berita rasmi, IRNA yang misi tersebut akan bermula pada awal tahun depan kalendar Iran, iaitu akhir Mac.
Flotila itu akan merangkumi frigat pemusnah peluru berpandu baharu Sahand yang dilancarkan bulan lepas, dan kapal perang Kharg.
Fars melaporkan kapal-kapal perang tersebut dijangka akan di negara-negara Amerika Latin seperti Venezuela.
Kedua-duanya merupakan antara kapal perang terbesar Iran dan mampu mengangkut helikopter.
Kapal Sahand adalah versi lebih maju daripada kelas Jamaran buatan Iran yang telah digunakan sejak sedekad lalu. – AFP, 5 Januari, 2019.
Komen