Enam cedera dalam letupan bom kereta di Peshawar 


Anggota pasukan keselamatan memeriksa keadaan di lokasi kejadian letupan bom di Peshawar, Pakistan. – Gambar EPA, 5 Januari, 2019

LETUPAN bom kereta menyebabkan enam orang cedera di bandar Peshawar, Pakistan pada Sabtu, kata polis.

Menurut polis, bahan letupan IED seberat 10 kilogram diletakkan di dalam sebuah kereta di kawasan Saddar bandar berkenaan. 

“Ia merupakan letupan IED dan bahan petupan itu diletakkan dalam sebuah kereta,” kata ketua polis bandar Peshawar Qazi Jamil-ur-Rehman kepada AFP. 

Katanya, kesemua mangsa termasuk dua wanita kini dalam keadaan stabil.

“Seluruh kenderaan terbabit musnah kecuali di bahagian enjin yang masih kekal,” kata pakar unit pemusnah bom Shafqat Malik. 

Sekurang-kurangnya tiga kedai mengalami kerosakan akibat impak letupan itu. – AFP, 5 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen