Pemberontak Rakhine serang balai polis, dakwa tentera Myanmar 


Tentera Myanmar meningkatkan kawalan keselamatan di wilayah bergolak di Rakhine berikutan dakwaan serangan balai polis berhampiran sempadan Bangladesh oleh Tentera Arakan. – Gambar EPA, 4 Januari, 2019

PEMBERONTAK Rakhine didakwa melancarkan serangan ke atas empat balai polis pada waktu subuh berhampiran sempadan Bangladesh, dakwa tentera Myanmar pada Jumaat. 

Menurut tentera Myanmar, kumpulan pemberontak terbabit turut melarikan 14 “tebusan perang”.

Keganasan dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini antara pemberontak Tentera Arakan dan pasukan keselamatan negara itu menyebabkan keadaan huru-hara. 

Ia dicetuskan oleh permusuhan etnik dan agama yang menyaksikan ribuan umat Islam Rohingya dipaksa menyeberangi sempadan sejak 2017. 

Serangan pada pagi Jumaat tu berlaku di pekan Buthidaung dai utara negeri Rakhine, kata jurucakap tentera Brigadier Jeneral Zaw Min Tun kepada AFP. 

“Kami boleh sahkan serangan ke atas empat balai polis itu dilakukan oleh Tentera Arakan, dan menambah pihak tentera menghantar pasukan bantuan serta merta dan pertempuran berterusan pada petang. 

“Setakat ini kami masih belum menerima sebarang maklumat jumlah yang terkorban.”

AFP gagal menghubungi pemberontak etnik terbabit untuk mengesahkan serangan itu. 

Namun, kumpulan berkenaan dalam posting di Facebook mendakwa telah “menahan 14 tawanan perang” ketika diserang dari dua helikopter tentera, tanpa mengaitkan insiden itu dengan serangan ke atas balai polis. 

Agensi kemanusiaan PBB pada Khamis berkata, pihaknya menganggarkan kira-kira 2,500 orang dipindahkan, kebanyakannya mendapatkan perlindungan di biara tempatan. 

Tentera Arakan mematuhi pengisytiharan gencatan senjata sementara oleh tentera Myanmar dua minggu lalu. – AFP, 4 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen