DIPLOMAT kanan Korea Utara di Itali cuba mendapatkan suaka politik, kata satu laporan, satu lagi cubaan berpaling tadah berprofil tinggi membabitkan wakil khas Pyongyang.
Pemangku duta Korea Utara ke Rom, Jo Song Gil meminta suaka politik di sebuah negara Barat yang tidak didedahkan bersama keluarganya, lapor akhbar harian Korea Selatan, JoongAng Ilbo memetik sumber diplomatik yang enggan dikenali di Seoul.
“Beliau memohon suaka politik bulan lalu,” lapor JoongAng memetik satu sumbernya.
Pihak berkuasa Itali berdepan masalah dengan perkembangan itu, tetapi melindunginya di tempat yang selamat.
Diplomat Korea Utara terakhir berpaling tadah adalah Thae Yong Ho, yang meletak jawatan sebagai timbalan duta di London pada 2016.
Song Gil, 48, berkhidmat sebagai pemangku duta di Rom sejak Oktober 2017 selepas Itali mengusir duta besar Mun Jong Nam sebagai protes terhadap ujian nuklear Utara, yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Punca Song Gil berpaling tadah masih tidak diketahui. – AFP, 3 Januari, 2019.
Komen