Fiji bersedia hadapi taufan pertama 2019


PERKHIDMATAN Meteorologikal Fiji memberi amaran hujan lebat dan “tiupan angin membinasakan” di kawasan pesisir kepulauan itu, ketika taufan pertama tropika tahun ini mula terbentuk di Pasifik Selatan.

Taufan Mona mula bergerak di selatan dan dijangka melintasi negara kepulauan itu.

“Ada risiko banjir kilat di kawasan rendah dan terdedah banjir. Kerana itu, semua masyarakat yang tinggal di kawasan risiko banjir dan tanah runtuh diminta berhati-hati dan berjaga-jaga,” kata pemangku pengarah Viliame Vereivalu.

Selatan Pasifik terdedah kepada taufan pada bulan-bulan awal setiap tahun, pada Februari 2016 Fiji dilanda Taufan Winston membunuh 44 orang dan memusnahkan ribuan rumah. – AFP, 3 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen