Ketua ‘jaket kuning’ ditahan


Demonstrasi “jaket kuning”- kerana jaket terang dipakai mereka- bermula di pendalaman Perancis pada November lalu kerana membantah pengenalan cukai minyak dan berkembang menjadi bantahan seluruh negara terhadap dasar pro-perniagaan diamalkan Presiden Emmanuel Macron yang dianggap rakyat memihak kepada golongan kaya.– Gambar EPA, 3 Januari, 2019.

SALAH seorang pemimpin demonstrasi “jaket kuning” Eric Drouet ditahan polis Perancis dan diletakkan dalam kurungan pada Rabu kerana menganjurkan protes di tengah Paris tanpa mengisytiharkannya, kata sumber pejabat pendakwaan.

Drouet- yang sudahpun berdepan perbicaraan kerana membawa senjata- ditahan ketika dalam perjalanan ke Champs-Elysees, menurut sumber polis.

Berpuluh penunjuk perasaan berkumpul di luar McDonalds berhampiran monumen Perancis terkenal, Arc de Triomphe dan menunggu ketibaan Drouet pada petang Rabu.

Demonstrasi “jaket kuning”- kerana jaket terang dipakai mereka- bermula di pendalaman Perancis pada November lalu kerana membantah pengenalan cukai minyak dan berkembang menjadi bantahan seluruh negara terhadap dasar pro-perniagaan diamalkan Presiden Emmanuel Macron yang dianggap rakyat memihak kepada golongan kaya.

Penunjuk perasaan berulang kali bertembung dengan polis di Paris dan beberapa bandar besar Perancis, mengheret Macron ke dalam krisis kepimpinan.

Drouet pertama kali ditahan bulan lepas. Dia akan dibicarakan kerana “membawa senjata terlarang kategori D”, kata sumber kehakiman kepada AFP.

Pemimpin radikal haluan kiri, Jean-Luc Melenchon, pengkritik utama

Selepas berminggu keganasan tercetus, Macron akhirnya membatalkan cukai minyak yang tidak disukai rakyat itu dan berjanji menaikkan gaji minimum dan potongan cukai kepada pesara.

Walaupun jumlah penunjuk perasaan terlibat dalam demonstrasi semakin berkurangan, ia masih berterusan. – AFP, 3 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen