PENYATUAN Taiwan dengan tanah besar China tidak dapat dielakkan dan Beijing tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ketenteraa jika ada usaha mempromosikan kemerdekaan pulau itu, kata Xi Jinping.
Amaran Presiden itu membalas kenyatan rakan sejawatnya dari Taiwan, Tsai Ing-wen yang sebelum ini berkata rakyat negaranya tidak akan menyerahkan kebebasan demokratik kepada China.
Beijing masih menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya untuk disatukan walaupun kedua-dua negara mengamalkan pemerintahan berasingan sejak berakhirnya perang saudara pada 1949.
“China mesti dan akan bersatu… keperluan yang tidak dapat dielakkan untuk kebangkitan semula rakyat Cina dalam erak baharu.
“Kita juga tidak berjanji untuk tidak menggunakan kekuatan tentera dan pilihan lain bagi memerangi aktiviti puak pemisah Taiwan dan tentera asing yang mengganggu penyatuan ini,” katanya.
Xinping juga menyifatkan penyatuan di bawah ‘satu negara, dua sistem’ akan menjaga kepentingan Taiwan.
Taiwan menganggap ia sebagai negara berdaulat dengan memiliki mata wang, sistem politik dan kehakiman sendiri, tetapi tidak pernah mengisytiharkan merdeka dari tanah besar.
Hubungan kedua-dua negara menjadi tegang sejak 2016 apabila presiden Ing-wen enggan mengiktiraf pendirian Beijing bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada China.
Beliau juga menuduh China melancarkan provokasi untuk mengganggu emosi rakyat termasuk mengadakan latihan ketenteraan berdekatan pulau itu. – AFP, 2 Januari, 2019.
Komen