Sambut presiden ekstrem kanan, Brazil masuk era baharu 


BRAZIL memasuki babak baru dalam sejarahnya apabila pada hari Selasa, penduduk negara itu menyambut presiden baharu yang cenderung ekstrem kanan haluannya.

Kemenangan Jair Bolsonaro memecahkan tradisi berdekad-dekad pemerintahan pusat berhaluan tengah kini mencetuskan harapan dan juga ketakutan.

Bekas anggota payung terjun tentera udara itu yang juga seorang penggubal  dasar negara memulakan mandat empat tahunnya pada 1 Januari seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara itu.

Beliau mengambil alih jawatan dengan tahap penerimaan rakyat yang tinggi, penerimaan tinggi itu didorong jangkaan ramai penduduk bahawa beliau akan menjadi penyapu baharu yang akan membersihkan jenayah dan rasuah kronik di sana, di samping meningkatkan ekonomi yang masih lemah.

“Saya akan bawa politik yang berbeza dengan melawan rasuah dan ketidakcekapan di Brazil,” katanya pada Isnin lalu dalam sebuah temubual dengan Record TV.

Lelaki berusia 63 tahun itu menang selesa dalam pilihan raya yang diadakan Oktober lalu melawan Fernando Haddad, calon dari Parti Pekerja yang memegang jawatan itu di antara tahun 2003 dan 2016, namun beliau kini dipecat selepas beberapa siri skandal rasuah.

Ikon Parti Pekerja, bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva, kini sedang menjalani hukuman penjara kerana rasuah. Dan pengganti pilihannya, Dilma Rousseff yang turut didakwa ekoran salah laku pentadbiran.

Dalam satu upacara yang disambut gemilang di samping iringan keselamatan yang tinggi, Bolsonaro secara rasmi mengambil alih jawatan itu daripada Michel Temer, yang menggantikan Rousseff tetapi hanya mampu membuat sedikit pembaharuan fiskal yang diperlukan sehingga akhirnya pemimpin Brazil itu menjadi pemimpin negara paling tidak popular. – AFP, 1 Januari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen