Majlis pertabalan raja Thailand pada awal Mei


Raja Thailand Maha Vajiralongkorn akan ditabalkan pada Mei depan. – Gambar EPA, 1 Januari, 2019.

MAJLIS pertabalan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn akan diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mei depan, umum pihak istana hari ini.

Majlis itu diadakan hampir dua tahun setengah selepas kemangkatan bapanya Bhumibol Adulyadej.

Vajiralongkorn mewarisi takhta diraja susulan kemangkatan Adulyadej pada Oktober 2016 selepas bapanya itu memerintah Thailand selama tujuh dekad  yang menyaksikan siri rampasan kuasa dan tunjuk perasaan ganas.

Sejak mengambil alih kuasa diraja, Vajiralongkorn yang lebih dikenali sebagai Rama X dari dinasti Chakri, melakukan perubahan drastik dalam hal ehwal istana.

Beliau mempertinkatkan perincian keselamatannya sendiri dan memberikan pengawasan peribadi kepada aset berbilion dolar milik keluarga diraja termasuk industri hartanah, perbankan dan syarikat-syarikat utama.

Keluarga diraja Thailand merupakan antara yang terkaya di dunia dan dilindungi daripada sebarang kritikan terbuka mengikut undang-undang yang memperuntukkan hukuman sehingga 15 tahun. – AFP, 1 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen