Negara Arab perlukan Israel sebagai sekutu, kata Netanyahu


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berulang kali memberi amaran bahawa Iran cuba membangunkan senjata nuklear untuk memusnahkan rejim Zionis. – Gambar EPA, 1 Januari, 2019.

ISRAEL merupakan sekutu yang amat diperlukan negara-negara Arab untuk memerangi Iran dan militan Daesh, kata perdana menterinya, Benjamin Netanyahu.

Beliau berpendapat keperluan itu menyebabkan satu revolusi dalam hubungan negara-negara Arab.

Netanyahu berkata demikian ketika Israel meningkatkan serangan udara di kedudukan Iran di Syria.

Beliau sebelum ini berulang kali memberi amaran bahawa Iran cuba membangunkan senjata nuklear untuk memusnahkan rejim Zionis.

Katanya Israel sudah membuktikan peranan dalam memerangi kumpulan radikal Islam sama ada diketuai oleh Iran atau Daesh serta Al-Qaeda.

“Malangnya kita tidak berbuat demikian terhadap rakyat Palestin. Separuh daripada mereka sudah bernaung di bawah Iran dan kumpulan radikal Islam,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia berunding dengan Iran untuk mencari jalan perdamaian, Netanyah berkata, “Jawapannya tidak jika Iran masih mahu menghancurkan Israel.” – AFP, 1 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen