Jenaka gugur bom, tentera AS mohon maaf


TENTERA Amerika Syarikat (AS) memohon maaf berhubung jenaka untuk menggugurkan ‘bom’ di Times Square, New York sempena sambutan Tahun Baharu 2019.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Twitter itu semalam, Pusat Strategik AS (Stratcom)  berkata pihaknya sedia menggugurkan sesuatu yang lebih besar daripada bola kristal yang secara tradisinya digunakan pada sambutan itu.

Bagaimanapun Stratcom kemudiannya memadamkan status itu sebelum mengeluarkan permohonan maaf berhubung kenyataan awal yang dimuat naik.

“Ciapan kami mengenai sambutan tahun baharu adalah tidak bersesuaian dengan budaya kita. Kami memohon maaf. Kami mendedikasikan diri kepada keselamatan Amerka dan sekutu,” kata Stratcom.

Seorang jurucakap Stratcom berkata imej yang disiarkan dalam video itu menunjukkan sejenis bom bukan nuklear.

Kira-kira sejuta orang berkumpul di Times Square untuk menyambut tahun baharu selain menyaksikan bola kristal gergasi diturunkan secara perlahan pada sebatang tiang semasa sambutan itu. – 1 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen