SEORANG lelaki Thailand menembak mati enam ahli keluarga sendiri termasuk dua anaknya pada satu parti sambutan tahun baharu, kata polis hari ini.
Insiden tembakan itu berlaku 10 minit selepas tengah malam apabila Sucheep Sornsung menyertai sambutan keluarga isterinya di wilayah selatan Chumphon.
Sucheep dalam keadaan mabuk mengeluarkan pistol di atas meja kerana tidak berpuas hati keluarga mentuanya tidak menjemput dia menghadiri parti itu.
Dia kemudianyan melepaskan tembakan menyebabkan enam ahli keluarganya maut termasuk anak lelakinya sendiri yang berusia sembilan tahun dan anak perempuan berusia enam tahun.
Sucheep kemudiannya menembak mati diri sendiri.
Empat lagi mangsa merupakan dua lelaki dan dua wanita berusia antara 47 dan 71 tahun. – AFP, 1 Januari, 2019.
Komen